Pengenalan

Perpustakaan JKKN merupakan pusat rujukan maklumat seni budaya yang menyokong keperluan penyelidikan bagi kakitangan JKKN di ibu pejabat dan negeri-negeri, penyelidik seni budaya, pelajar IPTA dan IPTS, pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang perseorangan.

Perpustakaan ini mempunyai koleksi perpustakaan meliputi pelbagai kategori, seperti buku, jurnal, majalah, majalah berjilid, kertas kerja, audio visual, laporan, kajian, keratan akhbar dan foto. Sehingga kini mempunyai koleksi berjumlah melebihi tiga ribu judul bahan mengenai kesenian dan kebudayaan sama ada tempatan atau luar negara.

Seiring dengan perkembangan perpustakaan masa kini yang menuju ke era digital, Perpustakaan JKKN turut mengambil langkah untuk mengimplementasikan sistem perpustakaan (KOHA) di perpustakaan untuk menjalankan kerja-kerja perolehan, pengkatalogan, pengkelasan, perkhidmatan pencarian bahan atas talian (OPAC), transaksi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan pada 24 Januari 2011. Perpustakaan turut menyediakan perkhidmatan seperti rujukan, pinjaman, pencarian maklumat, khidmat pelanggan dan penjualan bahan-bahan terbitan Jabatan.

Log in to your account:

Direktori Pegawai

    Siti Anisah Abdul Rahman
  • Jawatan: Penolong Pustakawan
  • No Sambungan:8245
  • Email: sitianisah[at]jkkn.gov.my

  • Fauziah Ahmad
  • Jawatan: Pembantu Perpustakaan
  • No Sambungan: 8259
  • Email: fauziahahmad[at]jkkn.gov.my

Visitors since 24 Januari 2012

2012 © Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Powered by Koha